Sunday, 16 October 2011

Pendidikan Awal Berasaskan Fitrah: Memperjelaskan arah tuju dan mengembeling usaha memenuhi tuntutan

Assalamualaikum wrbth..

Sebagai posting sulung blog baru ana, ana memilih tajuk berkenaan pendidikan awal berasaskan fitrah kerana semua insan bermula dari keadaan suci, putih bersih. Ibu bapa dan suasana persekitaranlah yang akan mencorakkan peribadi insan itu. Jika betul cara didikannya, pergaulannya sesama insan, dengan alam, maka jadilah dia insan yang berjaya.

Pernyataan ini membawa ana untuk merujuk kepada satu jurnal yang ditulis oleh Ghazali Basri seperti link berikut:

http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v10n1-%20Pendidikan%20Awal%20Berasaskan%20Fitrah%20-%20Memperjelas%20Arah%20Tuju%20dan%20Mengembeling%20Usaha%20Memenuhi%20Tuntutan%20-%20Ghazali%20Basri.pdf

Sedikit sinopsis dari artikel ini:-
Perciptaan manusia secara fitrahnya bersifat universal, yakni mencakupi seluruh kaum samada beriman atau tidak.  Manusia secara semulajadinya mempunyai potensi untuk beriman, berkait rapat dengan konsep agama hanif (Islam) .

Manusia sebagai hamba Allah memerlukan pendidikan dan bimbingan untuk memastikan kepasrahannya kepada Allah- signifikan pendidikan berasaskan fitrah. Sifat positif semulajadi manusia, potensi bawaan manusia untuk tunduk dan patuh kepada peraturan samawi.

Fitrah itu suci bersih dan berpotensi untuk beragama Islam.  Pada dasarnya setiap bayi yang lahir adalah muslim, ibu bapalah yang akan mencorakkannya selepas itu. Untuk itu perlu dirancang sebuah skema pendidikan yang benar-benar serasi dan sesuai dengan tabie manusia itu sendiri.  Pendidikan itu adalah pembangunan individu manusia seutuhnya.

Manusi secara fitrahnya mempunyai aspek kerohanian, akal emosi dan nafsu jasadi, jadi pendidikan itu mestilah bersifat holistik, iaitu membangunkan manusia secara sepadu dan seimbang mencakupi tiga aspek iaitu ontologi (sedar diri), epistemologi (ilmu) dan aksiologi (sistem nilai).

No comments:

Post a Comment