Sunday, 12 May 2013

insaflah......

Aku seorang pelajar yang lemah dalam subjek matematik dan sains.  dah banyak kali mencuba (mungkin kurang bersungguh2) maka aku tak pandai2 juga.  bila dah mula bekerja..ku kira tak kisah la tak pandai matematik pun...tapi bila anak2 dah sekolah, terutama bila dah masuk tahun 4, aku baru sedar yang aku perlu pandai sebab bila ku pandai matematik maka senang nak ajar anak2.  lebih2 lagi bila aku sambung belajar..lagi la aku perlu pandai bila mana aku wajib ambil subjek measurement n statistik.  Kali ini aku berusaha untuk belaajar bersungguh2.  Aku sanggup drive sorang diri balik ke kt untuk buat study group dengan kawan2 yang lebih pandai...terjadi satu kisah..aku sangka aku dah memang teror kali ini..munajatku jadi kurang dan ku berkeyakinan penuh pada keupayaanku..bermulalah episod malang itu...Aku hanya berupaya daapat B+ untuk subjek statistik..sedangkan aku berkeyakinan penuh dapat A.....berhari-hari aku berfikir, merenung diri di mana silapnya....kenapa orang yang katanya tak pandai, tak dapat jawab peperiksaan dengan baik tapi dapat A....salah pensyarah tanda kertas ke? kerana resah menggunung, ku taip email pada doktor yang mengajar...bila email ku dijawabnya..makin parah jiwa ku merana..kata pensyarah tersebut cara aku menjawab memang tidak memuaskan, banyak soalan aku tak dapat jawab dengan tepat..!  betul ke aku silap jawab?? walaupun aku akhirnya reda dengan result tersebut, hakikatnya aku tak dapat terima apa yang doktor tersebut katakan...sehinggalah suatu hari..ku renung2 diri..rupanya pada ketika menjawab soalan peperiksaan tersebut ku lupa sesuatu...ku lupa munajatku yang makin kurang...ku lupa aku hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan segalanya...Kalau sudah bukan rezeki ku memang tak ada rezeki la jawabnya...

Tuesday, 7 May 2013

trauma mangsa si pencuri....

Cuti sekolah Mac 2013....
Satu hari....selepas bercuti ...aku dan anak2 kembali ke rumah selepas 5 hari tinggalkan rumah.  Hati terasa berdebar2..Jam 10.45 mlm, ku sampai ke rumah..suasana nya berlainan..Rupanya rumahku kena pecah masuk..Si pencuri masuk melalui tingkap dapur...!Dengan ditemani pakcik jiran, ku buat aduan di balai polis..(suami kebetulan berkursus di UDC, Sintok). Sejak peristiwa itu, anak2 jadi penakut, aku pun sudah tidak berani berjaga malam untuk study @ menyiapkan assigment...Aku sering terbayang2 si pencuri tersebut berjalan2 dalam rumahku...lama juga nak hilang perasaan tersebut...Seringkali bayangan si pencuri hadir di mana-mana sahaja di dalam rumah...Bila malam menjelang, hati ini menjadi berdebar2.  Nak tidur mata terbayang2 wajah si pencuri (tak kenal pun, hanya imaginasi sendiri, kalau kenal dah lama si pencuri masuk lokap!).  Telinga pula bagaikan terdengar bunyi kaki berjalan2...bunyi orang potong gril dan 1001 bunyi lagi.  Satu malam ku terdengar satu bunyi..betul2 macam bunyi orang potong gril dengan gergaji.  Masa tu dalam pukul 3 pagi..Dengan hati berdebar2..ku selak langsir..dan...menjelma la di hadapan ku satu lembaga berbadan besar berwarna hitam...kuss semangat..rupanya bapak kerbau duk meragut rumput! itu la akibat terlalu memikir yang bukan2..bunyi kerbau pun disangka bunyi gril dipotong! Tapi...di malam yang sunyi..bunyi tu betul2 macam bunyi gril dipotong orang...Bilamana ku perlu pulang ke kampung dan bermalam di sana..terpaksa ku minta tolong kawan2 jengah rumahku. Di bandar kecil ini memang pantang rumah kosong..ada je tetamu yang tak diundang datang menziarahi harta2 si tuan rumah ...! Bila hampir saat nak exam (pada 12 April)..aku semakin kelam kabut.  Aku terpaksa gandakan usaha untuk study kerana aku dok pandai mana subjek Statistik.  Kat sekolah kerja banyak, terpaksa berjaga malam untuk study.  Suami tak habis kursus lagi..aku plak dah jadi penakut untuk berjaga malam.  Adohai...curi2 juga masa untuk study.  Kebetulan suatu malam tu ada ceramah PAS dekat rumahku..jadi malam tu suasana meriah dan aku turut berjaga untuk study.  Alhamdulillah..dapat la study malam tu..hari 12 hb tiba juga akhirnya. Ku pulang ke kampung bersama anak2. Ku minta kawan tengok2 kan rumah..Alhamdulillah..akhirnya dapat juga ku jawab peperiksaan Statistik dengan tenang.....Sesungguhnya dugaan & ujian Allah itu untuk menguji keimanan & kesabaran kita..hamba-Nya yang lemah serta sering lalai dengan nikmat pemberian;Nya..ujian kehilangan harta itu bagaikan satu "tazkirah peringatan" supaya kita kembali ke jalan-Nya.  Dan seringkali nya kedukaan itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah..benarlah Firman Allah bahawa bersama kepayahan itu ada kesenangan...Beruntunglah mereka yang sentiasa sabar & reda....