Pada permulaan dakwah Rasullah SAW , Baginda berdakwah secara rahsia dengan menyeru orang persorangan yang terdiri keluarga terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda.
Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah:-
* Siti Khadijah Bt Khuwailid (isteri Rasulullah)
* Ali Bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
* Abu Bakar As Siddiq (sahabat karib Rasulullah)
Kebanyakkan penganut Islam pada waktu itu terdiri dari golongan hamba dan miskin.
Antara hikmat berdakwah secara sulit:-
# Mengelakkan kejutan di kalangan masyarakat Arab Quraisy
# Mengelakkan penentangan terbuka kaum Musryikin Mekah
# Ajaran Islam dapat dikembangkan tanpa sebarang gangguan
Selepas turunnya ayat 214 Surah Al-Hijr, Rasulullah SAW mula berdakwah secara berterus terang.
Baginda mengadakan majlis jamuan di rumah Ali Bin Abi Talib dan menjemput semua ahli keluarga ke majlis tersebut.
Baginda juga mengadakan rapat umum di kaki Bukit Safa dan menjemput semua pemimpin kaum musyrikin menghadirinya.
Bermula dari itu ,dakwah Rasulullah SAW mula mendapat pelbagai tentangan, ancaman serta penyeksaan.
RasulullahSAW serta para sahabat menghadapi semua itu dengan tabah dan yakin dengan ganjaran serta kemenangan yang dijanjikan Allah.
Monday, 21 November 2011
Sunday, 6 November 2011
INFLASI
Apa itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai kenaikan harga berterusan yang menyebabkan nilai wang mengecut dari segi kuasa belinya.
Contohnya
Nasi dagang tahun 1980 berharga rm0.15 sebungkus..sekarang, tahun 2011 sebungkus nasi dagang dengan lauk yang sama berharga rm3.00!
Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi kita:-
$ akan meningkatkan kos hidup
$ kuasa beli semakin kurang
$ mengurangkan pendapatan (sebab semua harga barang naik)
Inflasi akan meragut nilai wang anda, lebih-lebih lagi jika peningkatan pendapatan anda tidak selari dengan peningkatan inflasi.
Apa perlu buat untuk mengatasi masalah ini?
i- mengurangkan perbelanjaan-berbelanja ke atas barang dan perkhidmatan yang diperlukan sahaja
ii- merancang perbelanjaan
iii- mulakan tabungan anda
iv-sediakan belanjawan secara terperinci
Jadi..jangan buang masa lagi. Mulakan perancangan kewangan anda sekarang. Sediakan bajet dan berbelanjalah dengan berdisiplin mengikut bajet yang disediakan.

BAJET WANG
MAKSUD BAJET- pelan menguruskan aliran tunai
- membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
- menyenaraikan aliran masuk dan keluar tunai
KELEBIHAN MEMPUNYAI BAJET:-
# membuat anda hidup mengikut kemampuan
# memupuk tabiat menabung
# menambah nilai harta bersih
Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
KEPERLUAN-sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya
KEHENDAK- sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu ada
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makanan
* tempat tinggal
* pakaian
* kenderaan-kereta
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makan di restoran mewah
* banglo mewah
* pakaian berjenama
* kereta mewah
Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan anda.
Contohnya - anda perlu kenderaan untuk ke tempat kerja, Viva sudah memadai, tetapi anda mengikut kehendak hati membeli Vios. Bayangkan berapa banyak wang dapat dijimatkan jika anda tidak mengikut kehendak tetapi mengikut keperluan!
Bajet anda perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Anda cuma perlu merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi serta tabiat berbelanja.
Kunci kepada bajet yang berjaya adalah berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi.
SATU PANDUAN - sebelum membeli sesuatu barang, tunggu seketika dan tanya diri sendiri soalan berikut:-
# adakah saya perlukannya
# bolehkah saya menangguhkan pembeliannya
# adakah saya mampu membelinya
Rancanglah perbelanjaan anda sebaiknya. Berhadapan dengan masalah kewangan adalah perkara yang paling merunsingkan fikiran. Kes perceraian, rompakan, penipuan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi
masalah dan gejala sosial berpunca dari kekurangan atau tiada wang.
Subscribe to:
Posts (Atom)