Pendidik Dinul Islam
Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang no matrik : 810749
Sunday, 12 May 2013
insaflah......
Aku seorang pelajar yang lemah dalam subjek matematik dan sains. dah banyak kali mencuba (mungkin kurang bersungguh2) maka aku tak pandai2 juga. bila dah mula bekerja..ku kira tak kisah la tak pandai matematik pun...tapi bila anak2 dah sekolah, terutama bila dah masuk tahun 4, aku baru sedar yang aku perlu pandai sebab bila ku pandai matematik maka senang nak ajar anak2. lebih2 lagi bila aku sambung belajar..lagi la aku perlu pandai bila mana aku wajib ambil subjek measurement n statistik. Kali ini aku berusaha untuk belaajar bersungguh2. Aku sanggup drive sorang diri balik ke kt untuk buat study group dengan kawan2 yang lebih pandai...terjadi satu kisah..aku sangka aku dah memang teror kali ini..munajatku jadi kurang dan ku berkeyakinan penuh pada keupayaanku..bermulalah episod malang itu...Aku hanya berupaya daapat B+ untuk subjek statistik..sedangkan aku berkeyakinan penuh dapat A.....berhari-hari aku berfikir, merenung diri di mana silapnya....kenapa orang yang katanya tak pandai, tak dapat jawab peperiksaan dengan baik tapi dapat A....salah pensyarah tanda kertas ke? kerana resah menggunung, ku taip email pada doktor yang mengajar...bila email ku dijawabnya..makin parah jiwa ku merana..kata pensyarah tersebut cara aku menjawab memang tidak memuaskan, banyak soalan aku tak dapat jawab dengan tepat..! betul ke aku silap jawab?? walaupun aku akhirnya reda dengan result tersebut, hakikatnya aku tak dapat terima apa yang doktor tersebut katakan...sehinggalah suatu hari..ku renung2 diri..rupanya pada ketika menjawab soalan peperiksaan tersebut ku lupa sesuatu...ku lupa munajatku yang makin kurang...ku lupa aku hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan segalanya...Kalau sudah bukan rezeki ku memang tak ada rezeki la jawabnya...
Tuesday, 7 May 2013
trauma mangsa si pencuri....
Cuti sekolah Mac 2013....
Satu hari....selepas bercuti ...aku dan anak2 kembali ke rumah selepas 5 hari tinggalkan rumah. Hati terasa berdebar2..Jam 10.45 mlm, ku sampai ke rumah..suasana nya berlainan..Rupanya rumahku kena pecah masuk..Si pencuri masuk melalui tingkap dapur...!Dengan ditemani pakcik jiran, ku buat aduan di balai polis..(suami kebetulan berkursus di UDC, Sintok). Sejak peristiwa itu, anak2 jadi penakut, aku pun sudah tidak berani berjaga malam untuk study @ menyiapkan assigment...Aku sering terbayang2 si pencuri tersebut berjalan2 dalam rumahku...lama juga nak hilang perasaan tersebut...Seringkali bayangan si pencuri hadir di mana-mana sahaja di dalam rumah...Bila malam menjelang, hati ini menjadi berdebar2. Nak tidur mata terbayang2 wajah si pencuri (tak kenal pun, hanya imaginasi sendiri, kalau kenal dah lama si pencuri masuk lokap!). Telinga pula bagaikan terdengar bunyi kaki berjalan2...bunyi orang potong gril dan 1001 bunyi lagi. Satu malam ku terdengar satu bunyi..betul2 macam bunyi orang potong gril dengan gergaji. Masa tu dalam pukul 3 pagi..Dengan hati berdebar2..ku selak langsir..dan...menjelma la di hadapan ku satu lembaga berbadan besar berwarna hitam...kuss semangat..rupanya bapak kerbau duk meragut rumput! itu la akibat terlalu memikir yang bukan2..bunyi kerbau pun disangka bunyi gril dipotong! Tapi...di malam yang sunyi..bunyi tu betul2 macam bunyi gril dipotong orang...Bilamana ku perlu pulang ke kampung dan bermalam di sana..terpaksa ku minta tolong kawan2 jengah rumahku. Di bandar kecil ini memang pantang rumah kosong..ada je tetamu yang tak diundang datang menziarahi harta2 si tuan rumah ...! Bila hampir saat nak exam (pada 12 April)..aku semakin kelam kabut. Aku terpaksa gandakan usaha untuk study kerana aku dok pandai mana subjek Statistik. Kat sekolah kerja banyak, terpaksa berjaga malam untuk study. Suami tak habis kursus lagi..aku plak dah jadi penakut untuk berjaga malam. Adohai...curi2 juga masa untuk study. Kebetulan suatu malam tu ada ceramah PAS dekat rumahku..jadi malam tu suasana meriah dan aku turut berjaga untuk study. Alhamdulillah..dapat la study malam tu..hari 12 hb tiba juga akhirnya. Ku pulang ke kampung bersama anak2. Ku minta kawan tengok2 kan rumah..Alhamdulillah..akhirnya dapat juga ku jawab peperiksaan Statistik dengan tenang.....Sesungguhnya dugaan & ujian Allah itu untuk menguji keimanan & kesabaran kita..hamba-Nya yang lemah serta sering lalai dengan nikmat pemberian;Nya..ujian kehilangan harta itu bagaikan satu "tazkirah peringatan" supaya kita kembali ke jalan-Nya. Dan seringkali nya kedukaan itu hanya sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah..benarlah Firman Allah bahawa bersama kepayahan itu ada kesenangan...Beruntunglah mereka yang sentiasa sabar & reda....

Thursday, 20 September 2012
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Dah agak lama tak menulis di sini..hari ni sambil2 menunggu key in markah e-pantau yang lembab, molek juga meluah perasaan di sini. Buka je sekolah, kerja berlambak2, mana nak masuk kelas lagi, nak siap key in markah lagi..nak ngajar..pening2. ni la akibatnya tak ambil peluang masa lapang..duk bertangguh kerja, assigment pun dok siap lagi malah nak buat research pun dok tau tajuk lagi! Berat2....Guane2 pun semua kerja mesti siap juga, dok tidur le jawapnya..Ni la akibatnya bertangguh kerja, dok ambil pengajaran dari surah wal asr....Mudahan dengan masa yang masih ada...peluang yang masih diizinkan-Nya..aku masih bersemangat meneruskan perjuangan..dan..kurangkan perkataan..biar dulu..jap lagi..malam ni..esok sempat lagi..dan.. sedar diri yang masa tak dapat diputar, diganti..ianya akan terus berlalu..pergi..mengikut sunnatul-Nya..Ya Allah..janganlah Engkau jadikan diri ini termasuk dalam golongan yang rugi....amin.

Monday, 21 November 2011
STRATEGI PERJUANGAN RASULULLAH S.W.A
Pada permulaan dakwah Rasullah SAW , Baginda berdakwah secara rahsia dengan menyeru orang persorangan yang terdiri keluarga terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda.
Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah:-
* Siti Khadijah Bt Khuwailid (isteri Rasulullah)
* Ali Bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
* Abu Bakar As Siddiq (sahabat karib Rasulullah)
Kebanyakkan penganut Islam pada waktu itu terdiri dari golongan hamba dan miskin.
Antara hikmat berdakwah secara sulit:-
# Mengelakkan kejutan di kalangan masyarakat Arab Quraisy
# Mengelakkan penentangan terbuka kaum Musryikin Mekah
# Ajaran Islam dapat dikembangkan tanpa sebarang gangguan
Selepas turunnya ayat 214 Surah Al-Hijr, Rasulullah SAW mula berdakwah secara berterus terang.
Baginda mengadakan majlis jamuan di rumah Ali Bin Abi Talib dan menjemput semua ahli keluarga ke majlis tersebut.
Baginda juga mengadakan rapat umum di kaki Bukit Safa dan menjemput semua pemimpin kaum musyrikin menghadirinya.
Bermula dari itu ,dakwah Rasulullah SAW mula mendapat pelbagai tentangan, ancaman serta penyeksaan.
RasulullahSAW serta para sahabat menghadapi semua itu dengan tabah dan yakin dengan ganjaran serta kemenangan yang dijanjikan Allah.

Sunday, 6 November 2011
INFLASI
Apa itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai kenaikan harga berterusan yang menyebabkan nilai wang mengecut dari segi kuasa belinya.
Contohnya
Nasi dagang tahun 1980 berharga rm0.15 sebungkus..sekarang, tahun 2011 sebungkus nasi dagang dengan lauk yang sama berharga rm3.00!
Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi kita:-
$ akan meningkatkan kos hidup
$ kuasa beli semakin kurang
$ mengurangkan pendapatan (sebab semua harga barang naik)
Inflasi akan meragut nilai wang anda, lebih-lebih lagi jika peningkatan pendapatan anda tidak selari dengan peningkatan inflasi.
Apa perlu buat untuk mengatasi masalah ini?
i- mengurangkan perbelanjaan-berbelanja ke atas barang dan perkhidmatan yang diperlukan sahaja
ii- merancang perbelanjaan
iii- mulakan tabungan anda
iv-sediakan belanjawan secara terperinci
Jadi..jangan buang masa lagi. Mulakan perancangan kewangan anda sekarang. Sediakan bajet dan berbelanjalah dengan berdisiplin mengikut bajet yang disediakan.

BAJET WANG
MAKSUD BAJET- pelan menguruskan aliran tunai
- membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
- menyenaraikan aliran masuk dan keluar tunai
KELEBIHAN MEMPUNYAI BAJET:-
# membuat anda hidup mengikut kemampuan
# memupuk tabiat menabung
# menambah nilai harta bersih
Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
KEPERLUAN-sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya
KEHENDAK- sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu ada
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makanan
* tempat tinggal
* pakaian
* kenderaan-kereta
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makan di restoran mewah
* banglo mewah
* pakaian berjenama
* kereta mewah
Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan anda.
Contohnya - anda perlu kenderaan untuk ke tempat kerja, Viva sudah memadai, tetapi anda mengikut kehendak hati membeli Vios. Bayangkan berapa banyak wang dapat dijimatkan jika anda tidak mengikut kehendak tetapi mengikut keperluan!
Bajet anda perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Anda cuma perlu merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi serta tabiat berbelanja.
Kunci kepada bajet yang berjaya adalah berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi.
SATU PANDUAN - sebelum membeli sesuatu barang, tunggu seketika dan tanya diri sendiri soalan berikut:-
# adakah saya perlukannya
# bolehkah saya menangguhkan pembeliannya
# adakah saya mampu membelinya
Rancanglah perbelanjaan anda sebaiknya. Berhadapan dengan masalah kewangan adalah perkara yang paling merunsingkan fikiran. Kes perceraian, rompakan, penipuan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi
masalah dan gejala sosial berpunca dari kekurangan atau tiada wang.
Monday, 24 October 2011
Hidayah itu hakmilik Allah & akan diberikan kepada sesiapa yg dikehendakiNya.
Kepada mereka yg berkata "Hari ni aku jahat & nanti satu hari aku akan jadi baik bila mendapat hidayah"... Jgnlah begitu ,kita kena yakin bhw bagi kebanyakan kita hidayah itu takkan dtg tanpa kita berbuat apa2. Ia takkan dtg kalau kita hanya duduk diam & meneruskan kehidupan dlm arus kehidupan keduniaan. Sptmana ki...ta kena bangun & bangkit utk mencari rezeki begitu jg kita kena bangun & bangkit untuk mencari Allah, dgn mencari ilmu & berusaha untuk mendekatkan diri dgn org2 yg soleh. Rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa2, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikn pula hidayah. Ia perlukan USAHA & InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL lah.

Subscribe to:
Posts (Atom)