Monday, 21 November 2011

STRATEGI PERJUANGAN RASULULLAH S.W.A

Pada permulaan dakwah Rasullah SAW , Baginda berdakwah secara rahsia dengan menyeru orang persorangan yang terdiri keluarga terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda.
Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah:-
*  Siti Khadijah Bt Khuwailid (isteri Rasulullah)
*  Ali Bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
*  Abu Bakar As Siddiq (sahabat karib Rasulullah)
Kebanyakkan penganut Islam pada waktu itu terdiri dari golongan hamba dan miskin.
Antara hikmat berdakwah secara sulit:-
#  Mengelakkan kejutan di kalangan masyarakat Arab Quraisy
#  Mengelakkan penentangan terbuka kaum Musryikin Mekah
#  Ajaran Islam dapat dikembangkan tanpa sebarang gangguan
Selepas turunnya ayat 214 Surah Al-Hijr,  Rasulullah SAW mula berdakwah secara berterus terang.
Baginda mengadakan majlis jamuan di rumah Ali Bin Abi Talib dan menjemput semua ahli keluarga ke majlis tersebut.
Baginda juga mengadakan rapat umum di kaki Bukit Safa dan menjemput semua pemimpin kaum musyrikin menghadirinya.
Bermula dari itu ,dakwah Rasulullah SAW mula mendapat pelbagai tentangan, ancaman serta penyeksaan.
RasulullahSAW serta para sahabat menghadapi semua itu dengan tabah dan yakin dengan ganjaran serta kemenangan yang dijanjikan Allah.

Sunday, 6 November 2011

INFLASI

Apa itu inflasi?
Inflasi ditakrifkan sebagai kenaikan harga berterusan yang menyebabkan nilai wang mengecut dari segi kuasa belinya.

Contohnya
Nasi dagang tahun 1980 berharga rm0.15 sebungkus..sekarang, tahun 2011 sebungkus nasi dagang dengan lauk yang sama berharga rm3.00!

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi kita:-
$  akan meningkatkan kos hidup
$  kuasa beli semakin kurang
$  mengurangkan pendapatan (sebab semua harga barang naik)

Inflasi akan meragut nilai wang anda, lebih-lebih lagi jika peningkatan pendapatan anda tidak selari dengan peningkatan inflasi.

Apa perlu buat untuk mengatasi masalah ini?
 i-  mengurangkan perbelanjaan-berbelanja ke atas barang dan perkhidmatan yang diperlukan sahaja
ii-  merancang perbelanjaan
iii- mulakan tabungan anda
iv-sediakan belanjawan secara terperinci

Jadi..jangan buang masa lagi. Mulakan perancangan kewangan anda sekarang. Sediakan bajet dan berbelanjalah dengan berdisiplin mengikut bajet yang disediakan.

BAJET WANG


MAKSUD BAJET- pelan menguruskan aliran tunai
                             - membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
                             - menyenaraikan aliran masuk dan keluar tunai
KELEBIHAN MEMPUNYAI BAJET:-
#  membuat anda hidup mengikut kemampuan
#  memupuk tabiat menabung
#  menambah nilai harta bersih
Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
KEPERLUAN-sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya
KEHENDAK- sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu ada
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makanan
* tempat tinggal
* pakaian
* kenderaan-kereta
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makan di restoran mewah
* banglo mewah
* pakaian berjenama
* kereta mewah
Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan anda.
Contohnya - anda perlu kenderaan untuk ke tempat kerja, Viva sudah memadai, tetapi anda mengikut kehendak hati membeli Vios. Bayangkan berapa banyak wang dapat dijimatkan jika anda tidak mengikut kehendak tetapi mengikut keperluan!
Bajet anda perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Anda cuma perlu merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi serta tabiat berbelanja.
Kunci kepada bajet yang berjaya adalah berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi.
SATU PANDUAN - sebelum membeli sesuatu barang, tunggu seketika dan tanya diri sendiri soalan berikut:-
#  adakah saya perlukannya
#  bolehkah saya menangguhkan pembeliannya
#  adakah saya mampu membelinya
Rancanglah perbelanjaan anda sebaiknya. Berhadapan dengan masalah kewangan adalah perkara yang paling merunsingkan fikiran. Kes perceraian, rompakan, penipuan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi
masalah dan gejala sosial berpunca dari kekurangan atau tiada wang.

Monday, 24 October 2011


Hidayah itu hakmilik Allah & akan diberikan kepada sesiapa yg dikehendakiNya.
Kepada mereka yg berkata "Hari ni aku jahat & nanti satu hari aku akan jadi baik bila mendapat hidayah"... Jgnlah begitu ,kita kena yakin bhw bagi kebanyakan kita hidayah itu takkan dtg tanpa kita berbuat apa2. Ia takkan dtg kalau kita hanya duduk diam & meneruskan kehidupan dlm arus kehidupan keduniaan. Sptmana ki...ta kena bangun & bangkit utk mencari rezeki begitu jg kita kena bangun & bangkit untuk mencari Allah, dgn mencari ilmu & berusaha untuk mendekatkan diri dgn org2 yg soleh. Rezeki itu takkan datang kalau kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa2, malah nak menyuap sekalipun kita perlu menggerakkan tangan ke mulut, inikn pula hidayah. Ia perlukan USAHA & InsyaAllah satu hari nanti hidayah akan datang menghuni hati. BERNIAT, BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL lah.

Friday, 21 October 2011

ICT Dalam Pendidikan

ICT merupakan salah satu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang penting dan amat membantu di zaman serba canggih ini. Walaupun aku memang tak minat, mati rasanya nak meminati benda ni, namun terpaksa jua ku paksa diri ini. Betul la semua benda jadi senang dan mudah, semua hanya di hujung jari, namun kemudahan dan kecanggihan inilah mencipta pelbagai malapetaka yang banyak meranapkan budaya murni, perilaku mulia, batas pergaulan...bahasa.. Ini pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian dan pengamatan dari kaca mata insan kurang pandai ini.
Di sini saya selitkan satu artikel betapa kerajaan ingin para pendidik menguasai kemahiran ini.

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1010/Penguasaan-guru-dalam-ICT-diutamakan-TPM

Hutang,manfaat dan kesannya

Di dalam Islam, berhutang untuk memenuhi keperluan asas adalah diharuskan. Berhutang sekadar perlu, tidak melampau sehingga menimbulkan bebanan kepada orang lain. Memberi hutang kepada yang benar-benar memerlukan adalah wajib. Janganlah terlampau kedekut atau terlalu berkira mengeluarkan sedikit bantuan kepada saudara kita yang terdesak. Dan si penghutang pula apabila ada kelapangan segeralah membayar hutang tersebut. Menangguhkan pembayaran hutang,sedangkan berkemampuan berbuat demikian adalah haram dan berdosa.                                                                                                              
Tujuan Islam mengharuskan hutang ialah :                                                                                            
# bagi membantu golongan yang benar-benar susah dan memerlukan
# memberi peluang orang miskin membaiki taraf ekonomi hidup mereka

adab berhias diri

Islam amat mementingkan kebersihan sehingga kebersihan itu menjadi sebahagian dari keimanan seseorang muslim.  Islam telah meletakkan beberapa garis panduan dalam adab berhias diri, adab yang perlu dipatuhi dan adab yang perlu dijauhi.
Antara adab berhias diri yang perlu diamalkan setiap hari:
  # menggosok gigi
  # mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  # menyikat rambut
  # menghias muka
  # memakai pakaian bersih dan menutup aurat
  # memotong kuku
Antara adab berhias diri yang dilarang di dalam Islam:
  * menyambung rambut
  * membuat tatu di badan
  * mencukur bulu kening
  * memakai emas dan sutera bagi lelaki

Sunday, 16 October 2011

Pendidikan Awal Berasaskan Fitrah: Memperjelaskan arah tuju dan mengembeling usaha memenuhi tuntutan

Assalamualaikum wrbth..

Sebagai posting sulung blog baru ana, ana memilih tajuk berkenaan pendidikan awal berasaskan fitrah kerana semua insan bermula dari keadaan suci, putih bersih. Ibu bapa dan suasana persekitaranlah yang akan mencorakkan peribadi insan itu. Jika betul cara didikannya, pergaulannya sesama insan, dengan alam, maka jadilah dia insan yang berjaya.

Pernyataan ini membawa ana untuk merujuk kepada satu jurnal yang ditulis oleh Ghazali Basri seperti link berikut:

http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v10n1-%20Pendidikan%20Awal%20Berasaskan%20Fitrah%20-%20Memperjelas%20Arah%20Tuju%20dan%20Mengembeling%20Usaha%20Memenuhi%20Tuntutan%20-%20Ghazali%20Basri.pdf

Sedikit sinopsis dari artikel ini:-
Perciptaan manusia secara fitrahnya bersifat universal, yakni mencakupi seluruh kaum samada beriman atau tidak.  Manusia secara semulajadinya mempunyai potensi untuk beriman, berkait rapat dengan konsep agama hanif (Islam) .

Manusia sebagai hamba Allah memerlukan pendidikan dan bimbingan untuk memastikan kepasrahannya kepada Allah- signifikan pendidikan berasaskan fitrah. Sifat positif semulajadi manusia, potensi bawaan manusia untuk tunduk dan patuh kepada peraturan samawi.

Fitrah itu suci bersih dan berpotensi untuk beragama Islam.  Pada dasarnya setiap bayi yang lahir adalah muslim, ibu bapalah yang akan mencorakkannya selepas itu. Untuk itu perlu dirancang sebuah skema pendidikan yang benar-benar serasi dan sesuai dengan tabie manusia itu sendiri.  Pendidikan itu adalah pembangunan individu manusia seutuhnya.

Manusi secara fitrahnya mempunyai aspek kerohanian, akal emosi dan nafsu jasadi, jadi pendidikan itu mestilah bersifat holistik, iaitu membangunkan manusia secara sepadu dan seimbang mencakupi tiga aspek iaitu ontologi (sedar diri), epistemologi (ilmu) dan aksiologi (sistem nilai).