Sunday, 12 May 2013

insaflah......

Aku seorang pelajar yang lemah dalam subjek matematik dan sains.  dah banyak kali mencuba (mungkin kurang bersungguh2) maka aku tak pandai2 juga.  bila dah mula bekerja..ku kira tak kisah la tak pandai matematik pun...tapi bila anak2 dah sekolah, terutama bila dah masuk tahun 4, aku baru sedar yang aku perlu pandai sebab bila ku pandai matematik maka senang nak ajar anak2.  lebih2 lagi bila aku sambung belajar..lagi la aku perlu pandai bila mana aku wajib ambil subjek measurement n statistik.  Kali ini aku berusaha untuk belaajar bersungguh2.  Aku sanggup drive sorang diri balik ke kt untuk buat study group dengan kawan2 yang lebih pandai...terjadi satu kisah..aku sangka aku dah memang teror kali ini..munajatku jadi kurang dan ku berkeyakinan penuh pada keupayaanku..bermulalah episod malang itu...Aku hanya berupaya daapat B+ untuk subjek statistik..sedangkan aku berkeyakinan penuh dapat A.....berhari-hari aku berfikir, merenung diri di mana silapnya....kenapa orang yang katanya tak pandai, tak dapat jawab peperiksaan dengan baik tapi dapat A....salah pensyarah tanda kertas ke? kerana resah menggunung, ku taip email pada doktor yang mengajar...bila email ku dijawabnya..makin parah jiwa ku merana..kata pensyarah tersebut cara aku menjawab memang tidak memuaskan, banyak soalan aku tak dapat jawab dengan tepat..!  betul ke aku silap jawab?? walaupun aku akhirnya reda dengan result tersebut, hakikatnya aku tak dapat terima apa yang doktor tersebut katakan...sehinggalah suatu hari..ku renung2 diri..rupanya pada ketika menjawab soalan peperiksaan tersebut ku lupa sesuatu...ku lupa munajatku yang makin kurang...ku lupa aku hanya merancang sedangkan Tuhan yang menentukan segalanya...Kalau sudah bukan rezeki ku memang tak ada rezeki la jawabnya...

No comments:

Post a Comment