Sunday, 6 November 2011

BAJET WANG


MAKSUD BAJET- pelan menguruskan aliran tunai
                             - membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan
                             - menyenaraikan aliran masuk dan keluar tunai
KELEBIHAN MEMPUNYAI BAJET:-
#  membuat anda hidup mengikut kemampuan
#  memupuk tabiat menabung
#  menambah nilai harta bersih
Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan, maka bajet anda seharusnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak anda.
KEPERLUAN-sesuatu yang anda perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya
KEHENDAK- sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu ada
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makanan
* tempat tinggal
* pakaian
* kenderaan-kereta
CONTOH BARANG KEPERLUAN:-
* makan di restoran mewah
* banglo mewah
* pakaian berjenama
* kereta mewah
Segala keputusan yang dibuat antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan ketara terhadap perbelanjaan anda.
Contohnya - anda perlu kenderaan untuk ke tempat kerja, Viva sudah memadai, tetapi anda mengikut kehendak hati membeli Vios. Bayangkan berapa banyak wang dapat dijimatkan jika anda tidak mengikut kehendak tetapi mengikut keperluan!
Bajet anda perlu realistik dan sesuai dengan kedudukan pendapatan dan keperluan perbelanjaan. Hidup mengikut bajet tidak bermakna anda terpaksa mengorbankan segala kemewahan. Anda cuma perlu merancang dengan lebih baik dan mengubah persepsi serta tabiat berbelanja.
Kunci kepada bajet yang berjaya adalah berbelanja kurang daripada apa yang anda perolehi.
SATU PANDUAN - sebelum membeli sesuatu barang, tunggu seketika dan tanya diri sendiri soalan berikut:-
#  adakah saya perlukannya
#  bolehkah saya menangguhkan pembeliannya
#  adakah saya mampu membelinya
Rancanglah perbelanjaan anda sebaiknya. Berhadapan dengan masalah kewangan adalah perkara yang paling merunsingkan fikiran. Kes perceraian, rompakan, penipuan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi
masalah dan gejala sosial berpunca dari kekurangan atau tiada wang.

No comments:

Post a Comment