Pada permulaan dakwah Rasullah SAW , Baginda berdakwah secara rahsia dengan menyeru orang persorangan yang terdiri keluarga terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda.
Antara orang yang mula-mula memeluk Islam ialah:-
* Siti Khadijah Bt Khuwailid (isteri Rasulullah)
* Ali Bin Abi Talib (sepupu Rasulullah)
* Abu Bakar As Siddiq (sahabat karib Rasulullah)
Kebanyakkan penganut Islam pada waktu itu terdiri dari golongan hamba dan miskin.
Antara hikmat berdakwah secara sulit:-
# Mengelakkan kejutan di kalangan masyarakat Arab Quraisy
# Mengelakkan penentangan terbuka kaum Musryikin Mekah
# Ajaran Islam dapat dikembangkan tanpa sebarang gangguan
Selepas turunnya ayat 214 Surah Al-Hijr, Rasulullah SAW mula berdakwah secara berterus terang.
Baginda mengadakan majlis jamuan di rumah Ali Bin Abi Talib dan menjemput semua ahli keluarga ke majlis tersebut.
Baginda juga mengadakan rapat umum di kaki Bukit Safa dan menjemput semua pemimpin kaum musyrikin menghadirinya.
Bermula dari itu ,dakwah Rasulullah SAW mula mendapat pelbagai tentangan, ancaman serta penyeksaan.
RasulullahSAW serta para sahabat menghadapi semua itu dengan tabah dan yakin dengan ganjaran serta kemenangan yang dijanjikan Allah.
No comments:
Post a Comment